Blurb Menjadi Bintang

Dunia adalah angkasa, yang maha luas.
Angkasa adalah impian, yang begitu sayup.
Impian adalah bintang, yang tekal mengindahkan.


Amir, pemuda yang sabar, gigih dan penuh misi. Dia cekal mengharungi mehnah dan sentiasa meneguhkan ikhtiar demi cinta dan sebuah persahabatan. Amir menyalakan persahabatan yang hampir padam dengan kandil tabah. Ditemani seorang ibu penyayang dan teman perawan yang baik budi, dia betah meneruskan perjuangan. Amir ibarat mata hati pemuda Kemboja yang semakin tersasar dari landasan manusiawi. Dia membulatkan azam, membangunkan sebuah mercu di bumi Kemboja, menggalas impian ayah yang sentiasa menyala. Dibayangi kasih ibu, sokongan warga Kemboja, dan demi persahabatan yang selalu dirindu, dia nekad ingin menjadi bintang!

"Karya pertama yang mengujakan."

Nisah Hj. Haron, Penulis

"Mengalir air mata juga bila mengenangkan pengorbanan ibu. Puas membacanya dan Amir memang kental pendirian."

Noorliza Mohamad, Guru

"Suasana kampung sangat mengesankan. Menjadi Bintang begitu jauh meninggalkan Sejernih Salsabila."

Khairun Nisak Munzir, Pegawai Kewangan

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Blurb Menjadi Bintang

ABDUL LATIP berkata...

Semasa berkunjung ke rumah Nisah Haron saya ditunjukkan novel ini. Memang menarik Covernya, saya nak beli tetapi Nisah kata yang itu tidak jual kerana satu-satunya naskhah promosi. Baru saja terbit.

amiza khusyri berkata...

Pak Latip,

Banyak belajar drpd anda. Tunggukan di Ujana Ilmu nanti insya-Allah.

Terima kasih.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.