Mari Menjadi Bintang



Kerana Tuhan
yang sentiasa saksama
menjadikan bintang
untuk semesta
dalam tafakurku
merenungi diri

Dunia
adalah mandala uji
untuk mengukur
tahap iman
dan niat hati




Menjadi Bintang

seperti impian
yang sayup
di tengah-tengah angkasa
yang maha luas
buatku akur
kepada cinta tinta
mengagungkan Tuhan
dalam puing dosa.

AKO : Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Akhirnya novel pertamaku muncul jua. Terima kasih kepada sekalian yang sabar menantinya. Moga diterima dengan segala kekurangan tintanya.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

9 Responses to Mari Menjadi Bintang

Dyat berkata...

salam...
tahniah... tahniah ustaz.
dah lama menanti.
pasti akan mencari nya nanti!

Syarifah Salha Syed Ahmad berkata...

Salam. Tahniah Amiza atas penerbitan novel sulung. Terus mara!

amiza khusyri berkata...

Um@ar : Ahlan.

Dyat : Rajin awak enta jenguk AKO. Terima kasih.

Salha : Syukran. Tahniah juga utk anda.

Naj AB berkata...

Tahniah atas kelahiran novel sulung. Akan masuk ke wishlist - tapi tertanya-tanya, ada apa dengan Kemboja?

amiza khusyri berkata...

Najibah,

Terima kasih, dan tak rugi baca. Kemboja tu nama kampung, latar cerita.

Naj AB berkata...

Oh, keliru sekejap saya. Di tanah kelahiran saya, orang-orang Myanmar Islam selalu dikenali sebagai orang Kemboja. Saya fikir Kemboja yang itu :)

amiza khusyri berkata...

Najibah,

Ya, saya faham.

Dalam Menjadi Bintang, Kemboja hanya dinamakan sebagai sebuah kampung dan latar cerita. :)

Nanti saya poskan sedikit demi sedikit petikan Menjadi Bintang.

Terima kasih.

Naj AB berkata...

Maaf, maksud saya sebelumnya bukan Myanmar, tapi Cambodia.

amiza khusyri berkata...

:)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.