Milikilah mimbar yang bercahaya!

Cintailah sahabatmu kerana Allah, kerana itulah ukhuwah hasil tarbiah Rasulullah s.a.w dalam madrasahnya. Rasulullah mendidik perasaan cinta ini selama 13 tahun di Makkah kerana meyakini prioriti ukhuwah sebagai basis kekuatan umat Islam, yang merupakan realisasi dari kalimah Tauhid - La Ilaha Illallah!

Dalam sebuah hadis qudsi Allah s.w.t berfirman :

"Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku, akan diberikan kepadanya mimbar dari cahaya yang dicemburui (ghibtoh) oleh para Nabi dan syuhada."

[Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Musnad, dan at-Tirmizi dalam az-Zuhd no. 2390]

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

2 Responses to Milikilah mimbar yang bercahaya!

'aishah jauhara berkata...

Salam.

Syukron atas perkongsian ust..
Pengisian yang amat bermakna dan mengingatkan kita bahawa insan yang bernama SAHABAT adalah penting dalam hidup kita.

Mohon doa dari ust..

amiza khusyri berkata...

Amin!

Semoga cemerlang dunia Akhirat, saudari Aishah. Tekal meraih redha-Nya. Selamat berukhuwah kerana Allah.

Ustaz.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.