[Izinkan aku berbahasa dengan "Saya".]
Ini cerita saya selepas Umbara dan Bengkel Cerpen.
Selepas bengkel saya berdiri merenung diri. Mengamati air hujan yang turun, bagai manik-manik permata menimpa tubuh. Terasa seperti melayang dalam dingin hujan selepas terlaksananya suatu amanah di pundak. Kepenatan seperti air yang mengalir deras, hilang dan memberi perangsang baru dalam diri.
Pengalaman julung kalinya menyelaras sebuah program sastera benar-benar mengujakan. Di samping ingin melunaskan tanggungjawab sebagai seorang jawatankuasa PEN, hati ingin melunasi sebuah janji yang pernah saya nukilkan melalui profil di Tunas Cipta lama dulu - menulis itu amanah. Bukanlah populariti dan nama yang ingin dicari, tapi untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah di atas bumi melalui jihad pena.
Saya bukanlah siapa-siapa di dalam bengkel ini. Bukan seorang penulis hebat jauh sekali seorang yang prolifik. Tiada rentetan kemenangan atau memiliki sebuah rak kaca yang penuh dengan koleksi hadiah dan anugerah dalam penulisan. Maka, saya adalah penulis biasa dan bukan siapa-siapa. Dan sehingga kini, saya masih merasakan, kerusi yang saya henyak semasa Umbara itu, masih ada yang lebih layak untuk mendudukinya. Dan saya sebolehnya hanya mahu duduk di kerusi peserta mendengar ilmu, ataupun duduk sahaja di kaunter pendaftaran membantu mengambil maklumat peserta.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Umbara dan Bengkel. Puan Mahaya yang sentiasa boleh, Puan Nisah yang sentiasa mengambil berat dan sekalian rakan-rakan yang memberi inspirasi. Maaf, jika terlalu mendesak. Saya sebaik mungkin melaksanakan tugas. Juga kepada Cik Farina dan rakan media Berita Harian yang sudi membuat liputan terhadap program serba sederhana ini. Tidak dilupa juga kepada Ketua Editor Sastera Berita Harian Puan Salbiah Ani, mengambil berat segala maklumat yang diberikan dan mewakilkan kehadiran juga.
Maaf Tuhan, jika kasad hati ini pernah tergelincir dari landasannya. Kepada para peserta, maaf atas segala kekurangan. Mohon kemaafan atas cadangan-cadangan yang mungkin kurang bernas. Kalian berhak untuk tidak menyetujuinya. Saya bukan pembimbing anda, tapi saya adalah rakan anda, sama-sama kita boleh berkongsi pengalaman dan wacana.
Justeru, ini bukan cerita saya sahaja. Dan ini juga bukan cerita Bengkel. Bukan cerita Kasad dan bukan cerita Umbara. Ini cerita amanah, cerita tanggungjawab, cerita wacana dan cerita jihad. Dan inilah sebenarnya cerita kita!
Kredit gambar untuk Zalila Isa
Search
Amiza Khusyri bin Yusof
Pendidik, Penulis dan Perunding Motivasi
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)
AJK, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
Perunding Motivasi, Zikra Inspire Learning & Consulting (ZILC)
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)
AJK, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
Perunding Motivasi, Zikra Inspire Learning & Consulting (ZILC)
Calon Sarjana Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan), Universiti Malaya, Kuala Lumpur
*Sebarang pengambilan mana-mana esei di dalam blog ini hendaklah mendapat keizinan penulis atau diberi kredit atas nama penulis (Amiza Khusyri Yusof) atau blog penulis (Amiza Khusyri : Menulis itu Memberi)
*Sebarang pengambilan mana-mana esei di dalam blog ini hendaklah mendapat keizinan penulis atau diberi kredit atas nama penulis (Amiza Khusyri Yusof) atau blog penulis (Amiza Khusyri : Menulis itu Memberi)
Facebook Badge
Kumpulan Cerpen
Antologi Cerpen
Catatan Popular
-
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak diperguna...
-
Kredit foto: Relaksminda Dahulu, bagi kami, orang-orang yang bekerja menjaga api dan air itulah merupakan hero kami. Jika air tiada be...
-
Dunia yang seperti pelangi, sementara mengindahkan, dan akan pergi. Aku mendoakan kalian dengan kebaikan dan keelokan dalam segala tingkah d...
-
"Kita bermasalah!" "Betul, kita bermasalah." "Ya, memang kita ada masalah." Berapa ramai dalam kalangan manusi...
-
Apa sahaja yang kita lakukan setiap hari, rupa-rupanya terangkum dalam satu ungkapan wasiat Nabi s.a.w bernama - istiqamah. Istiqamah itu ad...
Followers
Networked Blogs
Blog List
-
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK6 bulan yang lalu
-
Nigerian workers strike over cost of living crisisSetahun yang lalu
-
SWAB PCR COVID-194 tahun yang lalu
-
-
-
10 Responses to Umbara Sastera III & Bengkel Cerpen PEN 2009
Simpulan rasa encik Amiza amat kami hargai. Sebetulnya, kita sama-sama saling memberi cadangan.
Semoga segala usaha dirahmati.
Sesungguhnya PEN adalah satu platform untuk kita meneruskan amanah. Menulis itu tugas bersendirian tetapi tanggungjawab menghidup-suburkan sastera adalah tugas bersama-sama.
Sesungguhnya, saya berasa lega apabila dapat bekerjasama dengan tenaga-tenaga seangkatan. Sudah lama saya menjadi satu-satunya tenaga 'muda' di dalam perkumpulan ini.
Saya bahagia apabila kita dapat saling bekerjasama, bukan Amiza seorang tetapi dengan Salha, Zalila, juga Atriza dan kalau boleh mahu lebih ramai lagi.
Saya tidak mampu melakukannya secara sendiri-sendiri lagi...
Amiza,
Pelaksanaan tugas seperti ini bukan semua yang mampu melakukannya. Walaupun saya agak terkilan kerana tidak dapat menghadirkan diri, namun membaca kisah bengkel Umbara Sastera di blog Pn Nisah dan Amiza, membangkitkan semangat saya untuk terus berjuang dalam bidang yang kita cintai ini.
'Ya, aku menulis bukan kerna nama' - Ramli Sarip dan A. Romzi
sf
Bayan,
Terima kasih. Amin.
Kak Nisah,
Mendalam maksudnya. Ya, saya faham. Terima kasih atas segala komitmen dan pandangan.
Faizal,
Sesungguhnya ilmu, kebolehan, dan kematangan tidak ditentukan lewat usia. Terima kasih kerana menjadikan umbara yang saya hadiri, tepu dengan ilmu, bugar dengan perkongsian.
Tuan Faizal,
Nantilah saya tukar nama "Faizal" Hehe
Terima kasih kembali. Ilmu tuan pun kita boleh kongsi sama2, insya-Allah.
Jemput datang lagi.
Salam Tuan Amiza,
Amanah dan tanggungjawab, di mana-mana pun, bila-bila pun. Terima kasih dan tahniah kerana penganjuran perkongsian ilmu ini. Agar menjadi lebih berjaya, kita perlu melihat dan mencontohi mereka yang sudah berjaya. Itulah salah satu kasad saya menghadiri bengkel tersebut. Terima kasih.
Kanda SF,
Lain kali jemput datang. Lama tak berbual dan mendengar bicaramu.
Mya Marja,
Ya, kita berjuang di mana2, bila2 masa. Terus berjuang saudara, hingga ke akhirnya.
Salam Perkenalan. Bolehkan saya linkkan blog saudara dalam blog saya.
baiyazid mustaffa
Gemencheh, Negeri Sembilan
Baiyazid,
Ahlan wasahlan. Silakan, sesiapa sahaja boleh linkkan.
Terima kasih.
Catat Ulasan