Cerita Korban

Ketika memerhatikan lembu jantan yang sedang menggelupur, aku perasan sedari tadi pakcik Muhsin terjungkit-jungkit kening memandangku. Dan sedang saat lapah-melapah, dia segera menerjemah segala persoalan.

"Apa yang kau bawa dari Pangkor, Za?"

Aku terkerisin. "Bawa sengsara pakcik."

Pakcik Muhsin terkulat-kulat dan aku membiarkannya begitu.


Bila selesai kerja-kerja melapah dan daging-daging sudah diagihkan, dengan bancuhan kopi di tangan, kami bertinggung bawah pohon pisang.

"Sejak bila Pulau Pangkor ada sengsara Za?" Pakcik Muhsin kerut kening sambil mencicip kopi.

"Sejak nelayan-nelayan Melayu jual tanah kepada taukeh-taukeh cina sebab kesempitan hidup. Sejak orang-orang Melayu kita jadi kuli orang-orang cina." Aku memerhati asap kopiku yang berpual-pual, seperti nasib saudara-saudaraku di Pulau Pangkor.

Pakcik Muhsin geleng.

"Dan anak-anak Melayu Islam kita di sana lebih rosak, lebih bertindik sana-sini daripada orang-orang cina." Suaraku sedikit membentak.

Pakcik Muhsin diam lama, kemudian membalas. "Sejak bila kau taksub jadi Melayu, Za?"

Aku terkerisin, tersedak sedikit.

"Dah, mohlah balik." Pakcik Muhsin tidak memandangku, tapi aku nampak senyuman sinisnya.

Aku bingkas dan menuruti pakcik Muhsin pulang dengan senyum meleret.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Cerita Korban

Mazarina berkata...

sy penah beli koleksi cerpen 'salju jabal musa' dr fahdrazy dulu..sgt bagus..keep up..:)

amalhijazz berkata...

btol ust..memang skang ramai melayu mnjadi hmba kt bgsa lain..nk wat camner, bile mlayu jugak yg jual bangsa, yg jual bahasa, yg jual agama..biarla maruah dan jatidiri hilang asal kpentingan diri terbela..mgkin tu kot pegangan mereka..

bile nk klua novel bru ust..jemput ke blog..salam aidil adha.
-abdulhalim hamid

amiza khusyri berkata...

Mazarina - Haza min fadli rabbi.. :)

Amalhijazz - ahlan2

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.