Mengingati Mati

“Perbanyakkanlah ingat-mengingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian).” (Riwayat At-Tirmidzi)

“Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.” (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Apakah kita hanya perlu diperingat dan digambarkan dengan azab Tuhan selepas umur 18 tahun? Apakah remaja 18 tahun yang sudah matang, boleh duduk dan mendengar tazkirah dalam kem-kem motivasi solat, yang mana ibubapa lebih gemar menghantar anak-anak ke kem-kem smart learning? Apakah tidak wajar mengingatkan anak-anak tentang azab-azab bagi mereka yang meninggalkan solat, kerana umur masih muda dan mengganggu perkembangan psikologi? Apakah wajar kita bangkit membantah sebuah video yang mengingatkan azab di alam barzakh, daripada bangkit membantah drama, filem, video, klip yang berahi, syirik, tahyul, khurafat? Apakah ini tidak ekstrim dan mengingati mati itu ekstrim?

Masyarakat semakin parah. Bangunlah angkatan Ghuraba!

Baca lagi :

Antara 'Sajak Kematian' dengan 'Puaka Niyang Rapek'

Sajak Kematian wajib ditayangkan di Dewan Parlimen, Rakyat dan Negeri

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

4 Responses to Mengingati Mati

alQasam berkata...

Berkenaan sajak kematian ana punya pandangan sedikit berbeza.

Ingin mengulas lebih namun kurang sihat.

Ringkasnya, Us Hasrizal aka Saifulislam ada menulis tentang ini.

Namun rasa terkilan dan marah tentu tidak dapat dielak lagi apabila isu ini menjadi isu utama Buletin Tv3 seperti satu jenayah besar.

Lupakah mereka kepada sekian banyak cerita-cerita seram, lucah yang mereka lepaskan di layar tv.

Terlupa mungkin. Jika begitu, wajar sahaja klip tersebut dipapar di dewan Parlimen.

Memory berkata...

Artikel yang bagus..

EnhafF WajDi berkata...

1st time tonton,,sangat menginsafkan

amiza khusyri berkata...

alqasam,

ana sudah baca artikel saifulislam, dan ana tidak menyetujuinya seratus peratus, tetap ada pro dan kontra

ada isu lebih besar yang perlu menjadi perbincangan serius

memory & mohamad asri,

ahlan wasahlan...

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.