Ahlan Wasahlan Ramadhan

Photobucket

Aku tenggelam
dalam jendera rindu
di pangkuan Ramadhan
yang selalu kunanti.

Marhaban ya Ramadhan!

Posted in | Leave a comment

Anwar menang besar


"Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.

Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini."

*Sumber Malaysiakini.com

Jangan lupa dasar dan matlamat!

Posted in | Leave a comment

Cintakan Perdamaian

"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya beserta para Mukmin,

dan Yang menyatukan hati mereka (orang-orang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:61-63)



Posted in | Leave a comment

Chikungunya

Berbicara mengenai jangkitan Chikungunya yang disebabkan nyamuk di empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, Mohd. Sofian (Timbalan Dekan Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) Prof. Dr. Mohd. Sofian Azirun) menjelaskan setakat ini tiada vaksin untuk mengubati penyakit tersebut.

Penyakit Chikungunya disebabkan virus yang dibawa nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus. Ia mempunyai tanda-tanda klinikal yang menyerupai demam denggi, namun biasanya tidak menyebabkan pendarahan atau kematian.

“Mungkin ia dibawa oleh pendatang asing yang mempunyai penyakit itu kerana ia berasal dari Tanzania sekali gus menyebarkan virus arbovirus dari jenis Alphavirus,” katanya.

“Selain itu, nyamuk juga mempunyai rangka luar yang tidak telap ‘integumen’ yang membuatkan racun tidak dapat ditelap ke kulit dan organ sasaran.”

Proses pembiakan juga memainkan peranan kerana iklim monsun tropika sesuai untuk pembiakannya.

“Setitik air sahaja sudah cukup membantu nyamuk ini membiak dan kini mereka kalis racun kerana mempunyai enzim esterase yang menjadikan mereka kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang,” ujar beliau.

*Petikan Utusan Malaysia

Posted in | Leave a comment

Mentari Ghurub di Kuala Linggi

Ada banyak perkara yang ingin aku kongsikan semasa di Kuala Linggi. Program yang meskipun sebentar, tetapi terus melekat di hati ini. Aku memacu matlamat dengan mengharungi perjalanan hampir sejam setengah untuk tiba ke destinasi. Apabila tiba, dengan bertemankan laut yang saujana mata memandang, aku telah memacak tekad dan azam untuk membuang jauh-jauh rasa letih dan tak sedap hati meninggalkan keluarga, tetapi menyuburkan hati dengan kejujuran dan keikhlasan menggunung untuk mentarbiah anak-anak terpilih ini.

Apabila tiba di tepi laut, aku seperti biasa akan menjadi manusia yang pendiam, dan fikiran sentiasa berkelintar memikir dan bertafakur. Terasa benar betapa kerdilnya diri berbanding alam ciptaan Allah yang maha luas. Apabila mengendalikan program Eggs, aku dapat melihat ketaatan, kegembiraan dan pelepasan dari segala macam tekanan yang terbuku di hati anak-anak. Jauh di sudut hati, aku pun begitu, malah sentiasa terselit doa agar Tuhan melembutkan hati-hati kami untuk terus berada di landasan-Nya hingga akhir hayat.

Tatkala anak-anak bermesra dengan alunan arus dan ombak, ditemani rakan-rakanku yang memahami, mataku tidak pernah lepas dari melihat mentari jingga yang sudah condong. Hatiku benar-benar meronta, semahunya ingin mereka menikmati waktu itu di atas batuan karang mengadap mentari ghurub. Sayang, anak-anak agak lewat dan hanya segelintir yang dapat menikmati saat berharga itu, meskipun akhirnya kami sama-sama dapat melihat mentari itu luput garis vertikalnya. Hanya beberapa saat, mentari terus hilang dan saat itu pasti akan sentiasa aku rindui. Saat mentari ghurub, aku sempat mengingatkan mereka agar sentiasa berzikir dan mengajak mereka mengimbau tentang jalan hidup yang hanya sebentar ini.

Malam berlabuh, dan sayup mata memandang lampu kapal-kapal nelayan ibarat cahaya kunang-kunang. Bintang-bintang mengerdip dan bulan malu-malu di sebalik awan. Ombak tekal berdebur mewujudkan muzik latar yang begitu mengasyikkan.

Saat aktiviti tazkirah, pelantikan khalifah dan aktiviti mujahid telah berakhir, aku keseorangan di tepi pantai memejam mata, menghayati bayu laut yang mendamaikan. Kawasan itu sunyi dan sesungguhnya kami bertuah bebas untuk mengadakan sebarang aktiviti yang bermanfaat tentunya. Dan apabila hari terakhir menjengah, hati mulai terasa sayu, terasa syahdu, terutama selepas membincangkan karya Dr. Abdullah Nasih Ulwan itu. Saat berpisah dengan ritma ombak dan pantai, berjauhan dengan matahari ghurub dan alam ciptaan-Nya yang terbentang luas, hatiku melambai ombak, melambai lautan dan pantai, melambai Kuala Linggi dan mentarinya.

Namun, kalbu masih terus merindui sehingga kini, dan semasa kereta menyusuri jalan meninggalkan Kuala Linggi, hatiku berdoa, semoga hidayah melimpahi hati anak-anakku dengan keajaiban alam-Nya, kegembiraan diiringi penghargaan. Sempat bibirku berbisik, bisikan azam dan semangat tentunya dengan dibumbui alunan nasyid ITQAN yang merdu.

“Kuala Linggi, nantikan kedatanganku lagi!”

"Maka bersabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya, dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu malam dan pada waktu-waktu siangnya, supaya kamu berasa senang." (20 : 130)

Posted in | Leave a comment

Angin

"Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi."

*Petikan Malaysiakini

Ada orang kata kepadaku selalu, dan selalu juga diakui orang PAS, UMNO, PKR bahawa kebenaran pasti akan muncul!

"Abdullah membongkar pertemuan peringkat tertinggi melibatkan beliau sendiri dan Nasharuddin sebanyak tiga kali dalam rundingan dua parti itu, antaranya untuk perkongsian kuasa sejurus selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu."

*Petikan Malaysiakini

Aku tengah masuk angin satu badan!

Posted in | Leave a comment

Alahai Inul

“Kami menerima arahan pembatalan konsert itu daripada DBKL atas alasan keselamatan dalam negara. Kalau sudah itu alasannya, tiada apa lagi yang boleh saya katakan,” kata Nasir ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Konsert Inul, 29, di Johor Bahru dibatalkan pada saat-saat akhir minggu lalu kerana tidak mendapat persetujuan pelbagai jabatan kerajaan di Johor.

*Petikan Utusan 25 Julai

Kata anak buahku Irfan yang baru berumur setahun lebih, "Kan baik kalau Inul menangis sampai nak pitam sebab sesal dengan dosa dan kesalahannya pada Tuhan."

Aku hanya tersenyum lebar.

Posted in | Leave a comment

Ana kata muqabalah!

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS."


"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu," katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

*Petikan Harakahdaily

Kami pun bantah!


PAS membantah penamaan jalan dengan pelbagai bahasa di Georgetown seperti mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Pengerusi perpaduan nasional PAS Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan usaha exco kerajaan tempatan negeri Chow Kon Yeow "menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia" dan boleh "menggadaikan martabat bahasa kebangsaan".

"Walaupun niat untuk mempromosikan warisan sejarah nama tersebut bersesuaian dengan ciri-ciri budaya di kawasan itu, namun kegunaan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan akan menjejaskan reputasi Bahasa Malaysia," kata Dr Mujahid.

"Saya menyeru kepada pihak berkuasa tempatan menolak keputusan ini bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mendesak kerajaan Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk menulis dalam bahasa lain daripada bahasa kebangsaan."

*Petikan Malaysiakini

Posted in | Leave a comment

Umbara Sastera 2 di Berita Harian [24 Julai 2008]


AHLI PANEL: Dari kiri; Raihani, Adibah, Nisah, Salina dan Amiza Khusyri mendedahkan pengalaman kreatif masing-masing kepada peserta.

Program Pen berusaha melahirkan penulis berbakat di Negeri Beradat

PENCARIAN bakat baru dalam bidang penulisan kreatif negara terus dijana oleh pelbagai pihak terutama persatuan penulis yang sentiasa berusaha menggerakkan pelbagai aktiviti untuk melahirkan lebih ramai penulis berwibawa bagi membantu memartabatkan bidang itu.

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (Pen) tidak ketinggalan menyumbang ke arah ini dalam usaha memastikan kelahiran penulis berwibawa terus berlangsung bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penulis lama selain menyatupadukan kelompok terbabit khususnya di negeri itu.

Program Umbara Sastera yang diadakan Pen di Pusat Pengajian Imtiyaz Senawang, Sabtu lalu, meskipun hanya menarik 13 penyertaan, tetapi ternyata berjaya mendorong peserta melakukan kembara minda dengan pelbagai cara.

Bengkel yang dikelolakan menggunakan konsep ala bicarawara itu turut membuka peluang kepada peserta untuk mengambil bahagian dalam acara baca naskhah, diskusi isu sastera dan persuratan Melayu.

Pengisian lain termasuk teknik penulisan cerpen yang disampaikan oleh novelis, Nisah Haron dan peserta juga diberi peluang membicarakan pelbagai aspek termasuk proses kreatif karya terpilih serta berkongsi pengalaman dengan penulis bagi membangkitkan semangat mereka untuk berkarya.

Empat penulis dengan latar belakang berbeza, dipilih sebagai panel program iaitu Fahd Razy penyair muda yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran selain pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

Selain itu, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Raihani Mohd Saaid; guru dan juga graduan Universiti Al-Azhar Mesir, Amiza Khusyri Yusof yang banyak menghasilkan sajak dan cerpen; Editor Majalah Nur, Salina Ibrahim dan penuntut perubatan di Manchester, Adibah Abdullah.

Semua ahli panel terbabit berjaya menghidupkan suasana program melalui lontaran idea dan catatan pengalaman yang memberi ruang buat peserta membina keyakinan diri ke arah menghasilkan karya kreatif bermutu serta menyumbang sesuatu kepada dunia sastera tanah air.

Ketua Satu Pen, Mahaya Mohd Yassin, mengakui bukan mudah untuk menarik ramai penyertaan dalam program Pen kerana tidak semua yang berminat dan mempunyai bakat dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata, amat sedikit di kalangan rakyat negeri itu terutama dari kalangan generasi muda yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang penulisan, bagaimanapun usaha akan ditingkatkan lagi bagi melahirkan ramai penulis untuk menyumbang kepada dunia sastera tanah air.

"Pen berhasrat untuk melahirkan lebih ramai penulis muda yang berkaliber bagi meneruskan kesinambungan berikutan ramai penulis veteran negeri ini yang tidak secergas dulu kerana faktor usia selain kesihatan.

"Berikutan itu kami sudah menyenaraikan banyak program berbentuk bimbingan dan latihan bagi membolehkan penulis muda mempelajari teknik penulisan yang betul sehingga mampu menghasilkan karya berkualiti dan dapat diterima masyarakat,” jelasnya.

Pen berharap langkah mereka dapat mengurangkan kemungkinan ketandusan penulis dalam bidang kesusasteraan yang mampu mengharumkan nama negeri serta negara melalui hasil karya bermutu di samping membina minda masyarakat.

Posted in | Leave a comment

Debate Pool Result

The 12-hour poll which went live immediately after the debate ended at 10pm revealed that almost 96 percent of Malaysiakini readers believed that Anwar did far better than Information Minister Ahmad Shabery Cheek. (see chart below)

A total of 18,684 readers had participated in the poll, of which 17,240 or 95 percent said Anwar was more convincing in his arguments.

Interestingly, while Anwar was seen as the clear winner in the debate, a majority of readers (57 percent) said he had the most rehearsed answers.

Shabery appeared to win in that department for apparently referring less on his prepared notes.

However, 90 percent of readers believed that the information minister had avoided most of the questions put by the moderator and two other panelists.

And when it comes to how the two debaters fared on a scale of 1 to 10, Anwar appeared to have outclassed Shabery.

The hour-long debate was the first time that a government minister was pitted against an opposition leader live on television.

Posted in | Leave a comment

Anwar ditahan polis bertopeng

Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Sumber : www.malaysiakini.com


AKO : Ada gelombang sedang menderu...

Posted in | Leave a comment

ITQAN : Kasih


Album Nasyid Pertama ITQAN terbitan Kelab Nasyid Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) menampilkan lagu-lagu seperti Untukmu Rasulullah, Srikandi, Pesanan, Salam buat Ibu, Rahmat Kasih Ilahi, Cabaran Dunia, Warga Dunia dan Doa Khatam Al-Quran [Versi Baharu].

Album ini juga mendapat sentuhan Dakmie [Penerbit Album Maulana, Rabbani], Zairul Quantize, Ahmad Zairi Ariffin [Penerima AIM - Album kumpulan Search] dan Mastering oleh C. L. Toh. Menampilkan komposer seperti Dakmie, Amin Nordin, Abdul Azizullah Jamal Rashid, Mohd. Sahal bin Alias, Amiza Khusyri Yusof dan ramai lagi. Tidak lupa kepada Penerbit Eksekutif yang banyak berkorban sehingga kemunculan Kasih - Ustaz Amir Intizam Othman.

Album ini sangat enak didengar, dan yang pasti, album ini telah menggambarkan tulus kasad, seribu pengorbanan, kasih sayang, restu dan syukur.

Khas buat insan-insan yang mendamba kasih...

Harga : RM21.90
No. Akaun : 05021010021862 atas nama Kelab Nasyid ITQAN
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan pos sila hubungi 016-6656587 (Ustaz Amir Intizam Othman)

AKO : Sedang dialun kasih... :)

Posted in | 1 Comment

Semarakkan Cinta

Oleh Amiza Khusyri Yusof

Semua pelajar berdiri. Susuk tubuh setinggi lima kaki itu melangkah masuk dan berdiri di hadapan kelas. Salam diajukan dan ada jawapan berselang-seli dengan bunyi nafas turun naik. Kami duduk dan melihat susuk tubuh guru kelas kami di hadapan. Susuk yang sudah kami lihat sejak bertahun lalu. Renik-renik peluh membutir di dahi dan membasahkan kupiahnya. Kaca matanya sudah melorot ke hujung hidung. Ketiaknya lencun. Mujur dia pakai baju dalam dan memang Ustaz Habib selalu pakai baju dalam. Tali leher Ustaz Habib selalu padan dengan warna bajunya dan biasanya akan tergantung betul-betul di atas pusat. Memang perut Ustaz Habib memboyot dan apabila berjalan dia lekas termengah-mengah.

Ada juga di kalangan rakan-rakan yang jahat mulutnya. Macam-macam gelaran yang diberikan kepada Ustaz Habib - boyot, gemuk, lemak - dan macam-macam lagi tetapi Ustaz Habib tidak pernah ambil pusing. Dia seorang guru yang baik. Tidak pernah perkataan yang bukan-bukan keluar daripada mulutnya. Tidak seperti guru-guru lain yang kadang-kadang keluar juga perkataan bodoh, kurang ajar, dungu dan macam-macam lagi yang membuatkan hati kami bukan sekadar luka, tapi dilelas membengkak.

Ustaz Habib memulakan pengajarannya dengan nama Allah dan puji-pujian kepada Rasulullah. Kadang dia sendiri yang mengetuai bacaan doa dan kadang ketua kelas atau sesiapa yang dipilihnya. Yang lain akan tunduk mengaminkan. Sebelum memulakan pengajaran, Ustaz Habib akan meminta kami mengikhlaskan hati belajar kerana Allah. Memang semasa Ustaz Habib mengajar kami tidak pernah main-main. Suara Ustaz Habib lantang dan dia pandai menarik perhatian kami agar sentiasa fokus. Apabila ada sahaja di kalangan kami yang diterpa kantuk, dia akan meninggikan nada suaranya dan lekas-lekas menukar kaedah pengajaran dengan bercerita atau mengulas tentang isu-isu terkini. Kadang-kadang dia memaparkan gambar dan video-video pendek menarik sebagai selingan melalui projektor LCDnya. Hampir setiap hari masuk ke kelas, pasti ada sahaja Bahan Bantu Mengajar yang dikeleknya bersama. Ustaz Habib memang seorang guru yang kreatif dan rajin, dia bukan sahaja mahir berbahasa, malah mahir dalam bertukang, reka-bentuk grafik, ICT dan pelbagai lagi. Inilah yang menjadikan strategi pengajarannya berkesan dan tercalon sebagai Guru Cemerlang selama dua tahun berturut-turut.

Erti Cinta

Ustaz Habib tidak akan lupa meminta kami supaya sungguh-sungguh menghormati guru. Guru-guru adalah orang yang berilmu dan orang yang berilmu pengetahuan itu Allah tinggikan darjatnya. Dia membacakan ayat 11 dari Surah al-Mujadalah. "Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) beberapa darjat."

Ustaz Habib juga menyuruh kami menuntut ilmu bersungguh-sungguh. Orang yang berilmu sentiasa bimbang dan takut melanggar perintah Allah.

"Rapatilah guru-guru dan gaulilah alim ulama, maka Allah akan menghidupkan hati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit." Ustaz Habib memetik pesanan Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya.

Tiba-tiba selepas itu kami lihat Ustaz Habib menggenggam penumbuk lantas bersuara lantang, "Ayuh! Kita tuntut ilmu hingga liang lahad!" Kami tersenyum dan semangat merewak ke serata diri.

Ustaz Habib memang seorang motivator yang hebat. Pernah dua orang rakan kami – Rosli dan Hafiz - bertikam lidah dan bermasam muka lebih dari tiga hari dan perkara itu sampai ke pengetahuannya. Dia memanggil Rosli dan Hafiz dan membacakan sabda Rasulullah riwayat Ahmad, "Apabila Allah mencintai suatu keluarga, maka Allah memberikan sifat kasih sayang kepada seluruh anggota keluarga itu."

"Kita sekeluarga. Kamu berdua anak-anak ustaz. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Bermaafanlah." Mata Ustaz Habib bersinar cahaya cinta.
Kedua rakan kami itu teragak-agak ingin bersalaman, lantas Ustaz Habib menghampiri dan mengusap lembut belakang mereka sambil membacakan firman Allah dari Surah al-Baqarah ayat 237, "Bermaaf-maafan itu lebih hampir kepada takwa."

"Rosli dan Hafiz ingin menjadi anak yang soleh dan bertakwa, kan?" Ustaz Habib tersenyum mesra dan dua rakan kami tadi terus bersalaman ikhlas dalam senyuman ria berpanjangan.

Akrab

Suatu ketika, rakan kami Amir dilanda penyakit takbur dan pongah. Kami akui, dia seorang yang pandai berpidato dan guru-guru senang hati dengannya. Tetapi apabila bersama kawan-kawan, dia suka meninggi diri dan memperlekeh orang lain. Yang paling menghangatkan hati kami, dia pernah menjerit di dalam kelas mengatakan kami semua bodoh dan ketinggalan, hanya kerana kami menegurnya agar mengawal kata dan jangan ikutkan rasa hati. Suasana cinta dan kasih sayang tidak lagi menyelubungi kelas kami. Rasa amarah dan hasad memuncak.

Kami mengadukan petaka yang menimpa ini kepada Ustaz Habib. Dan pada suatu malam yang dingin, setelah hujan yang bertemali sejak pagi berhenti, Ustaz Habib datang berjubah putih bersih ke asrama, memanggil Amir berjalan bersamanya menuju ke tengah padang sekolah yang dilatari bunyi cengkerik.

Ustaz Habib memaut tangan Amir seraya mata memercu dada langit yang cerah. Bintang-bintang mengerdip dan bulan bercahaya penuh.

"Anakku, sungguh hebat ciptaan Tuhan pada langit itu, kan?" Ustaz Habib tersenyum manis. Amir hanya kerut kening memandang Ustaz Habib.

Angguk.

"Betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Amir nampak bintang-bintang yang banyak dan tidak terkira itu? Nampak bulan yang terang benderang?" Amir mengalih pandang ke hampar langit.

Angguk.

"Ustaz seperti bulan itu Amir. Kamu dan rakan-rakan kamu seperti bintang-bintang itu. Kita saling indah mengindahkan, perlu memerlukan. Keluarga kita tidak akan cukup, jika kehilangan walau sebutir bintang." Suara Ustaz Habib lembut mengiringi bayu yang bertiup.

Amir lekas faham dan pandangannya jatuh ke arah rumput yang kelam.

"Ustaz sayangkan kamu semua seperti anak-anak ustaz. Jangan ada di antara kamu yang hilang rasa hormat menghormati dan merendah dirilah sesama kamu."

Amir sebak. Dia menyedari kekhilafannya.

Ustaz Habib membacakan hadis riwayat Muslim, "Tidak dapat masuk syurga seseorang yang dalam hatinya walau sebesar zarah dari sifat takbur."

"Hanya Allah yang layak bersifat Mutakabbir kerana hanya Dia yang Maha Hebat dan tiada selain-Nya. Jangan kita saling hina-menghina, keji mengeji anakku, kerana itu adalah sifat manusia yang jahat." Suaranya tegas tapi tetap menyulam kasih.

"Sa.. sa.. saya minta maaf, ustaz." Suara Amir tersekat-sekat. Apabila Ustaz Habib melihatnya, ada air mata yang tumpah dalam esak.

Ustaz Habib memeluk Amir erat-erat.

Ustaz Habib juga ialah guru kesayangan Amir. Justeru tindakan kami untuk mengadu perkara itu kepada Ustaz Habib adalah tindakan yang amat wajar. Dan tentunya tindakan sendiri tidak akan membawa manfaat, kecelakaan malah!

Cinta kerana Allah


Suatu pagi, kami sengaja membuka topik perkahwinan kepada Ustaz Habib yang akan genap dua puluh lapan tahun. Dalam diam, sebenarnya kami teringin melihat Ustaz Habib memperisterikan Cikgu Izzati, cikgu matematik yang muda dan comel.

"Ustaz, Islam menggalakkan umatnya berkahwin, kan?" Muin, rakan kami yang gempal berpipi montel bertanya dalam senyum-senyum.

Tiada respons.

Amir, rakan kami yang pandai berpidato itu membacakan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dengan kuat, "Barangsiapa di antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah, sebab perkahwinan itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan."

Ustaz Habib tersenyum lantas berkata, "Hadis yang kamu baca tu tak habis. Cuba habiskan yang hujungnya, Amir."

"Tetapi barangsiapa yang tidak berkuasa, maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan." Amir menyambung, tapi kali ini suaranya perlahan dan mendatar.

"Cikgu Izzati tu cantik ustaz, masih bujang." Hafiz terlontar ayat itu seraya menekup mulut. Buat-buat bersalah.

Ustaz Habib menggeleng. "Ustaz belum bersedia, dan tiada siapa yang mahu ustaz gemuk kamu ni." Ustaz Habib kelihatan malas meladeni kami dan bersedia ingin memulakan pengajarannya.

Ketika itu mahu sahaja kami menjawab, rupa paras itu tidak penting, dan kami menyayangi ustaz juga bukan kerana tubuh badan, tapi kerana hati ustaz yang mulia, ikhlas dan penuh cinta. Tapi, rasa itu kami semat dalam hati, nun terpahat kemas dalam sanubari.

Demi Cinta

Suatu pagi, hujan turun dengan lebatnya. Angin tidak lagi semilir, tetapi mengganas dan menerkam apa sahaja yang ada di depannya. Koridor, meja-meja yang letaknya berdekatan jendela basah terkena tempias yang kasar.

Kami di dalam kelas berasa tidak sedap hati. Ustaz Habib meminta kami ramai-ramai membaca doa dan berzikir.

Saat itulah datang Cikgu Izzati memanggil Ustaz Habib di muka pintu entah atas urusan apa, dan ketika Ustaz Habib bangun dan berjalan ke muka pintu, dia terjatuh di atas permukaan lantai simen yang licin.

Bunyi kuat kedengaran.

"Ustaz!" Cikgu Izzati menjerit. Kami terpempan. Jantung kami berdegup pantas. Kami bangun beramai-ramai dan menerpa ke arah Ustaz Habib yang terlentang tak sedarkan diri.

Kami berkerumun. Cikgu Izzati lantas bergegas ke pejabat. Lantai yang licin tidak dihiraukannya.

Ustaz Habib dibawa ambulan ke wad kecemasan. Dan kami beramai-ramai ke hospital hari itu dengan menaiki bas sekolah. Suasana di ruang menunggu kusam dan sunyi. Tiada siapa yang berani mengeluarkan kata-kata. Cikgu Izzati kelihatan mengalirkan air mata. Dia duduk bersama tiga orang guru lain, juga pengetua, kelihatan sedih dan berdebar menanti kemunculan doktor. Keluarga Ustaz Habib sudah dimaklumkan. Berdebarnya hati kami tidak dapat digambarkan. Dia guru yang kami sayangi. Terlalu!

Doktor keluar tiba-tiba dari bilik kecemasan. Pengetua bingkas bersama guru lain. Kami menyerbu dan berkerumun. Doktor memandang kami seorang demi seorang.

"Bagaimana dengan ayah kami doktor?" Rosli bersuara cemas. Doktor terkejut. Pengetua terbeliak mata. Guru lain kaku. Cikgu Izzati sudah teresak-esak.

"Ustaz seperti ayah kami." Pintas Amir dengan nada tegas.

"Ustaz kamu mengalami throm-bosis yang menyebabkan berlakunya cerebral embolism. Arterinya tersumbat dan otaknya tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang secukupnya."

"Maksud doktor, Ustaz Habib terkena stroke atau angin ahmar?" Pengetua bertanya dengan kening berkerut. Detak jantung kami mulai kencang.

Doktor mengangguk. "Pesakit juga dikesan menghidapi tekanan darah tinggi dan diabetes."

Kami semua terbeliak mata. Hampir tidak percaya.

Doktor memandang ke arah kami seorang demi seorang kemudian tertunduk. Kami jadi semakin cemas dan degup jantung semakin laju.

"Kami telah cuba sedaya upaya. Allah lebih menyayanginya." Ayat doktor terhenti di situ.

Amir dan Rosli terhenyak di atas kerusi menunggu. Dua tiga orang lagi menekup muka. Kami terasa seperti hendak pengsan. Bagai tidak percaya, kami sudah kehilangan insan yang kami kasihi. Kenangan-kenangan lalu bagai berputar-putar di ruang fikir dan mencetuskan rasa sebak yang sukar dibendung, dan seorang demi seorang mengalirkan air mata.

Angkatan Mahabbah

Itulah kali terakhir kami bersama Ustaz Habib. Peristiwa yang apabila kami kenang kembali akan menyuntik inspirasi untuk meneruskan perjuangan yang tiada intiha.

Kini, kami sudah jauh membawa halatuju masing-masing dan majoriti daripada kami memilih untuk menjadi pendidik. Ada inspirasi sentiasa subur dalam hati kami, yang disemai oleh seorang guru berwibawa, yang lembut bicara, berhati mulia, berhikmah dan bijaksana. Dia mengajar kami tentang nilai kasih sayang sesama bertunjangkan cinta Tuhan. Insan ini mengingatkan kami kepada hadis riwayat Tabrani yang menyatakan bahawa orang yang paling hampir dengan Rasul tercinta ialah orang yang terbaik akhlaknya, yang lemah lembut dalam pergaulan.

Kata Ustaz Habib selalu, bawalah cinta ke mana-mana, kamu pasti akan berjaya. Kamu perlu menjadi angkatan mahabbah yang menebarkan cinta di mana-mana seperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 103, "Maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara."

Ustaz Habib menokok lagi, "Dan orang yang bersaudara itu sentiasa berkasih sayang."

Kami bawa cinta ke mana-mana. Kami angkatan mahabbah sedang menebarkan cinta di mana-mana. Sentiasa segar kata-kata Ustaz Habib. Kata-kata yang menjadi azimat hidup kami sampai bila-bila.

"Ayuh, kita semarakkan cinta!"

©Berita Minggu, 1 Jun 2008

AKO : Selamat membaca! :)

Posted in | Leave a comment

Semarakkan Cinta

Berbicara tentang cinta
Bukan sebarang cinta
Cinta kerana-Nya
yang bersatu
dan bertemu
dalam kalbu.


AKO : Terima kasih kepada sidang editorial Berita Minggu yang menyiarkan Semarakkan Cinta. Terima kasih juga kepada anda kerana sudi membaca dan menghayati cerpenku pada 1 Jun lalu. Ayuh, kita semarakkan cinta! :)

Posted in | Leave a comment

Dalam Renyai Hujan

Aku menulis entri ini dalam renyai hujan. Dalam renyai hatiku mengharungi takah-takah hidup tinggi rendah, susah payah, silih berganti. Dalam renyai jiwaku melihat dan menafsir kehidupan. Siapa yang dapat menebak bila, diri daif ini akan bertemu yang Esa. Seperti air hujan yang bertemali ini, aku menghitung liku hariku yang saban datang. Tuhan tidak pernah mempersia, kejadian hamba-hamba-Nya berhikmah, saling suka-menyuka, sayang-menyayang. Tuhan letakkan fitrah ingin kenal mengenal kerana-Nya dan dengki mendengki, pentingkan diri, hasad dan dendam mendendami bukan fitrah manusia yang suci.

Dalam renyai hujan ini, air bergemeresik menimpa. Guruh terdengar jauh-jauh. Mindaku juga terhantar jauh, mengingatkan sikap diriku yang tidak pernah puas dengan apa yang dikurnia. Kadang-kadang terlalu asyik mendongak ke langit, sehingga tersadung akar di bumi. Tuhan, maafkan dosaku sekiranya pernah terdetik di hatiku sikap pongah dan tinggi diri. Aku tahu, walau sebesar zarah dari sifat takbur menyinggah hati, aku tidak akan mampu meski sekadar menghidu bau syurga.

Aku sentiasa ingatkan hati, bahawa tiada senang dalam perjuangan. Jika pernah suatu ketika aku mengecap detik suka, aku sentiasa mengingatkan hati tentang getir derita saudara kita yang tekal berjuang di sana. Seperti kata saudaraku, tiada intiha dalam perjuangan. Selagi mana jantung masih berdetak, darah masih mengalir, perjuangan perlu diteruskan. Aku tidak mahu menjadi manusia yang berdegar-degar melaungkan kalimah juang, memotivasikan manusia, tapi hati sifar prinsip dan nilai. Tidak tahu mana wasilah yang ingin digagah, hanya berjalan di atas titi, ingin tiba di hujung, tapi tidak tahu apa yang menantinya.

Photobucket

Aku sematkan dalam hati, bahawa aku ingin menjadi penulis yang berprinsip, yang mempunyai pilihan dan tidak takut dengan ancaman. Aku meletakkan percaya, maka dalam hati terbit rasa benar dan tenang. Aku percaya, dengan ketenangan itulah cahaya beramal. Jangan terdetik dalam hatiku rasa canggung beramal dan mendokong, sedang lidah dan pena ribut berkata-kata dan mempelawa menuju cahaya. Jauhkanlah diriku dari kemurkaan-Mu ya Rabb.

Hujan masih turun, renyai-renyai dan guruh terdengar jauh.

Aku selalu diajar supaya jangan ghairah menuai ganjaran dunia, kerana tidak ada yang kekal lama, meski jika dihitung, sepanjang banjaran habuan yang diperoleh. Tidak ada yang istimewa, tidak ada tolok bandingnya ganjaran akhirat. Apakah dengan ingin mengecapi ganjaran akhirat ini aku perlu bersenang lenang, bersuka ria?

Aku teringat pesan datuk, yang suatu ketika pernah menasihat saat nyamuk sedang menyanyi di cuping telinga. "Susah payah itu penting, kau akan jadi manusia hebat dengan susah. Kau akan menghargai orang lain dengan susah. Kau akan gagah berusaha apabila susah." Dan hujan turun renyai-renyai lantas datuk mengajak pulang meninggalkan pepohon getah yang mulai basah.

Dalam hati sering berkata, susah itu adalah sunnah orang berjuang. Jika sesekali pernah aku berasa senang dan damai yang amat, dan janganlah gentar duhai hati, untuk merasai derita dan susah sakit yang Tuhan kurnia sebagai kafarah. Biarlah lafaz syukur akan kekal terbit di bibir buat meraih pengampunan Yang Maha Pengampun. Aku sentiasa meyakini, ingin mencapai senang, aku perlu melalui jalan susah. Untuk mencapai ria abadi aku perlu menempuh ranjau dan gelita. Aku percaya, hati yang lahir dengan momokan ganjaran dan kesenangan, tidak akan pernah kenal erti perjuangan.

Apakah Islam subur dengan timbunan kesenangan dan kemewahan Rasul tercinta?

Hujan masih renyai-renyai dan aku akan terus menimbang hari-hariku.

AKO : Sedang menguruskan pelbagai program di sekolah.. :)

Leave a comment

Mari Mengundi

Photobucket

"Tuan-tuan, hanya Islam agama keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Hanya Allah yang berkuasa beri keselamatan, keamanan dan kemakmuran. Undilah untuk Malaysia, undilah kerana Allah dan jangan undi aku!"

AKO : Selamat mengundi! :)

Leave a comment

Rembulan

Photobucket

Rembulan,
cahayamu
menyuluh gelita jahil
yang sekian lama
menebar dalam kalbu.


AKO : I Love Islam... :)

Leave a comment

Bintang Seorang Rafik

Oleh Amiza Khusyri Yusof

"Jika sesekali kauintai ke dada langit, pada waktu malam mesra menghamparkan kasih, carilah sebutir bintang paling karib di sisi bulan, kerana itu adalah bintangku. Biar jarak dan waktu memisahkan kita, kau pasti akan melihat bintang yang sama."

Begitu pesannya selalu, setiap kali kami mengintai ke dada langit, di dalam pelukan malam kota Damsyik. Dan malam ini, seperti malam-malam sebelumnya, saya mengintai lagi ke dada langit, pada waktu malam mesra menghamparkan kasih, mencari sebutir bintang paling karib di sisi bulan, kerana itu adalah bintang seorang rafik.

Dulu, pada waktu begini, saya punya dia sebagai teman bicara. Berkongsi cerita suka duka. Saya punya dia untuk bercerita soal manusiawi. Saya punya dia yang sering menebar damai dalam hati.

Malam ini bulan mengambang penuh. Bintang berkelip-kelip mengerling. Semilir malam yang bertiup dari Jabal Qasiyun sepoi-sepoi bahasa mengusap wajah.

Saya mengemaskan duduk di tubir sungai berhadapan rumah sewa Bait Haramain. Sungai Barada mengalir tenang membelah keheningan malam. Airnya sesekali menempias wajah bila semilir malam berpuput gancang.

stars

Saya terus memercu pandangan ke langit. Malam semakin pekat tetapi tetap terang dengan suluhan cahaya bulan. Bila saya kenang-kenang kembali tentang butir bicaranya yang sering memacak damai dalam hati, rindu gancang menyerkup diri.

Saya pernah kehilangan adik yang disayangi dalam tragedi kemalangan jalan raya di tanah air. Jiwa diipuk gundah dengan air mata mengalir tanpa henti. Semangat meneruskan pengajian merudum dan diri terus dibungkus pilu.

Dia seorang rafik, tampil menenangkan, tampil membuang gulana diri. Dia hulurkan Al-Kitab untuk saya selami dan teladani. Dia bentangkan alas sujud untuk saya berjemaah bersamanya kala dinihari. Usai solat subuh, kami bersama membaca Al-Ma’thurat, memohon perlindungan Tuhan dari segala macam kealpaan dan godaan.

"Manusia itu datang dan pergi, dan kita adalah harta Allah. Harta itu sebagai amanah, dan Allah boleh mengambilnya pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Bukankah kau manusia istimewa yang diuji Tuhan? Yang bila kau diuji, hidupmu akan dipenuhi sujud dan syukur mengingati-Nya?"

Dia benar-benar menjadikan saya manusia reda. Manusia yang betah memaknakan erti sabar dan cekal.

Tuhan mengatur pertemuan dengannya ketika saya sedang ralit bersenggang melihat saujana pemandangan indah Masjid Umawi yang berusia lebih seribu tahun. Burung-burung merpati jinak berwarawiri dan larian anak-anak kecil begitu menyenangkan.

Dia mampir secara tiba-tiba, memberi salam dan melabuh duduk di sebelah. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Saya menjawab salam lantas membalas senyuman dengan lebih akrab.

Melihat wajahnya yang bersih mulus, janggut sejemput tetapi agak panjang menghiasi dagu dan bulu kening yang nipis, saya seperti dapat menebak bahawa dia adalah pemuda dari mandala Nusantara.

"Sudah menziarahi makam panglima kita?"

Saya menggeleng. Baru seminggu menjejakkan kaki ke bumi Damsyik, mana mungkin saya mengetahui selok belok setiap penjuru kotanya.

Di situ perkenalan kami bermula. Dia membawa saya menziarahi makam panglima Islam berbangsa Kurdish dalam Perang Salib ratusan abad yang lampau – Salehuddin Al-Ayyubi. Semasa menyedekahkan Al-Fatihah, seperti terpancar di layar benak sejarah kegemilangan Islam di bawah pemerintahan panglima Salehuddin.

"Islam menanti kebangkitan Salehuddin Al-Ayyubi abad ke-21!" Begitu katanya penuh kobar tetapi tekal dalam senyuman.

Semasa menyusuri Pasar Hamidi yang agak riuh, kami melanjutkan perkenalan. Setelah saya memperkenalkan diri sebagai mahasiswa Universiti Abu Nur yang terletak berhampiran masjid ulama terkenal Said Muhammad Ramadan Al-Buti, dia menyungkit kening.

"Kita belajar di universiti yang sama." Saya tersenyum dan dia terus petah memperkenalkan diri.

Namanya Rafik. Ya, dia seorang rafik yang kukuh imannya. Yang kukuh susila dan budi pekertinya. Dia anak jati Meulaboh di antara pengisi saf Gerakan Aceh Merdeka. Dia berdarah Teuku Umar pahlawan Perang Sabil antara masyarakat Aceh dan penjajah Belanda pada 1873-1912. Bapanya telah meninggal dunia setelah ditutuh peluru Tentera Nasional Indonesia dalam Operasi Militer arahan Megawati Soekarnoputri.
Dia menceritakan perihal diri dan galur leluhur dengan penuh bangga tanpa sedikit pun gentar dan ragu.

"Kita dari rumpun yang sama. Akidah yang serupa." Suaranya ceria bersama sebuah senyuman akrab.

Sejak itu, kami tinggal bersama dengan menyewa di Bait Haramain. Dua orang lagi rakan menghuni bersama kami – Mujahid dan Abdul Latif.

Abdul Latif tidak lama menyewa. Semasa menyusuri kota Damsyik ingin pulang ke Bait Haramain, dia dikejutkan dengan letupan kuat sebuah kereta. Ketika dunia sedang ripuh dengan kematian Izz El-Deen Al-Sheikh Khalil seorang pejuang Hamas, Abdul Latif menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital setelah terkena serpihan bom dalam tragedi itu. Pengeboman itu telah dirancang agensi perisikan Israel Laknatullah, Mossad.

Abdul Latif meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masih kecil. Dia dari susur galur bangsa Kurdish yang hidupnya sentiasa tertekan akibat diskriminasi Kerajaan Syria. Namun, dia amat berbangga kerana keturunannya dari salasilah panglima agung Islam zaman lampau!

Mujahid menyusul kemudiannya. Semasa pulang bercuti ke kampung halaman di selatan Thailand, dia di antara 6 orang yang terkorban dalam tragedi kejam Tak Bai selepas berlakunya peristiwa berdarah di Masjid Kerisik, Pattani yang menyaksikan 32 orang penduduk Islam dibunuh.

Abdul Latif membawa saya mengenali apa itu kesengsaraan dengan kudusnya sebuah pengorbanan. Mujahid membawa diri hidup dalam ranjau getir perjuangan dengan menjejaki erti sebuah kemerdekaan. Mereka benar-benar mendidik diri menjadi manusia yang bersyukur dengan nikmat aman damai yang dikecapi di tanah air tercinta.
Ya, kemudian hanya tinggal kami berdua. Saya dan Rafik.

Tragedi terus berentetan. Kali ini giliran Rafik.

Tidak mampu saya gambarkan betapa tenangnya Rafik kala menerima berita kematian keluarganya dalam hempasan ombak tsunami 26 Disember lalu. Dia hanya duduk tenang berteleku di atas sejadah mengalunkan perlahan Surah Al-Mulk. Dia mengulang baca Surah Al-Zalzalah dan Surah Maryam kemudiannya. Usai mengucup Al-Kitab, dia memetik tasbih berzikrullah santak ke dinihari.

Saya diserkup runsing dan kantuk tidak terasa walau sedikit. Lalu saya duduk di sebelah Rafik, menggenggam erat bahunya.

"Aku hanya kehilangan keluarga. Aku tidak mahu kehilangan iman dan cinta-Nya. Pantang keturunanku mengalirkan air mata bila ditimpa musibah."

Itu kata-kata seorang pejuang. Kata-kata daripada Rafik, yang juga seorang rafik. Dia menunjukkan tauladan yang baik mendepani musibah yang tiba-tiba datang menerjah. Saya jadi malu sendiri bila terkenangkan keadaan diri mendepani episod duka lalu.
"Kenapa ingin jadi seperti bintang?"

Rafik hanya tersenyum pada malam terakhir sebelum dia berangkat ke Aceh. Dia perlu bersama sanak saudara dan handai taulannya di sana, mendepani segala tribulasi dan kesempitan.

"Bukankah bintang boleh dijadikan petunjuk arah oleh mereka yang sesat? Bukankah bintang pernah dijadikan petunjuk Kiblat oleh mereka yang pergi bermusafir? Bukankah bintang juga adalah penghias malam, peneman sang rembulan agar tidak berasa keseorangan?"

Mata terus memercu ke dada langit sedangkan dia tegar meneruskan bicara.

"Jika bulan itu umpama Rasulullah, aku mahu menjadi pendampingnya yang paling akrab. Jika bulan itu ibarat agama kita, aku mahu menjadi pengawalnya yang paling setia."

Dia mengimpikan syahid sebagai matlamat hidup. Dia mahu jadi seperti Jaafar At-Toyyar dalam peperangan Mu’tah. Dia mahu jadi seperti Hamzah Asadullah dalam peperangan Uhud.

Kini, tiada lagi Rafik di Bait Haramain. Sudah tiga bulan keberangkatannya ke bumi Aceh, saya terus diserkup rindu.

Hanya semalam, saya menerima berita yang benar-benar menyentak damai diri. Khabar yang disampaikan rakan-rakan sekuliah; teman-teman senegaranya. Rafik meninggal dunia apabila operasi memberi bantuan mangsa tsunami dijalankan.

Ketika membantu mengangkat bantuan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dia dilanggar oleh beberapa warga Aceh yang berebut-rebut bantuan makanan. Kepalanya terhantuk kuat pada seketul batu tajam. Darah berhamburan keluar. Dia tidak sempat diselamatkan akibat hentakan dan pendarahan yang teruk.

Minda gancang teringatkan tawarikh panglima Islam Khalid Al-Walid yang mengimpikan syahid tetapi hanya bertemu ajal di tempat tidurnya. Ya, dia menyalin impian Khalid Al-Walid. Rafik, menyalin khatimah hidup Khalid Al-Walid Saifullah!

Malam semakin pekat. Kedinginan semakin terasa. Bintang-bintang masih tekal mengerling. Semilir terus berlagu syahdu. Mengalunkan ritma rindu kepada seorang rafik. Air Sungai Barada terus mengalir. Memberikan malam nafas baru sebelum siang menjelma.

Saya bingkas dan melangkah masuk ke dalam Bait Haramain. Malam esok, dan malam-malam seterusnya, saya akan terus mengintai ke dada langit, pada waktu malam mesra menghamparkan kasih. Mencari sebutir bintang paling karib di sisi bulan, kerana itu adalah bintang seorang rafik!

©Berita Minggu, 17 April 2005.

AKO : AKO paparkan semula cerpen ini atas permintaan ramai, selamat membaca! :)

Leave a comment

Mihrab : Introspeksi Diri

Sengaja aku menunggu penerbitan Mihrab. Bagai menanti kehadiran Iduladha, dalam keharuan jemaah haji di Arafah. Hati ini sering melihat, menaakul dan menafsir segenap pelosok hidup. Apabila dihenyak ketidakpuasan hati, walang, canggung dan pelbagai rasa yang tidak menyelesakan, tercari-cari arah dan wasilah yang bisa melepaskan, menghilangkan dan memuaskan. Melalui tulisan dan diksi-diksi, kuharap segala yang gundah akan hilang, tapi nyata segala sangkaan dan jangkaan meleset. Manusia tidak akan berubah, jika diri sendiri tidak mengingininya. Pun jika mengingininya, tapi tidak pernah berusaha dan Tuhan tidak mengizinkan, maka tidak akan ada pembaharuan walau sebesar zarah.

Photobucket

Walang di hati tetap ada, tetapi sekurang-kurangnya penataran karya kepada umum menjadi syifa. Sekurang-kurangnya ada cahaya yang akan menerangi suram, ada nur yang akan menyinari kelam. Meskipun hanya sebutir benih yang tertancap, moga akan tumbuh subur menjadi sebuah pulau. Benar sungguh, aku perlu melakukan tugasku, yang lain, kuserahkan kepada yang Maha Pemberi Kurnia. Terima kasih kepada sidang editorial Berita Minggu.

Sebetulnya aku sudah lama memendam hasrat untuk menulis sesuatu di sini. Apatah bila memerhati dan menjenguk sentiasa laman ini yang tidak pernah sunyi dari pengunjungnya. Bukanlah kuharapkan yang menjadi pengunjung itu sebagai tetamu setia, jauh sekali peminat, tapi mereka kuanggap sebagai pencinta ilmu, yang sentiasa inginkan kebenaran, yang sentiasa inginkan tajdid, yang sentiasa haus, lapar dan berasa kehilangan. Bagiku, para pencinta ilmu bukan hanya menanti dan terus menunggu, tetapi mereka juga perlu memburu. Mereka perlu menjadi pemburu dan tidak hanya memburu, tapi perlu menjadi pencetus dan inovator. Tidaklah perlu aku terus menempelak atau menyangka bukan-bukan kepada golongan tertentu atau orang lain, yang penting aku perlu sentiasa melakukan tugasku. Ya, tugasku.

Aku jadi takut sekali, kala pena sudah mula berdakap dengan warkahnya. Hatiku gundah gulana. Hatiku resah kala teringatkan firman Allah dalam surah Qaf ayat 18, "Tidaklah seseorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib - pencatat kebaikan - dan A'tid - pencatat keburukan."

Bukankah tulisan-tulisan ini adalah ucap tutur hatiku, suara mindaku? Rencak dalam hati seketika dulu, mencanang kehebatan, memugar semangat insan, tapi kini aku hanya memilih untuk melakukan tugasku sendiri.

Kadang-kadang aku terlalu banyak meminta, terlalu asyik berkata-kata, sehingga alpa bahawa Rasul melarang umatnya berlebih dalam berkata-kata. Ada kalanya, sedang asyik memikir dan mengkritik, lupa sekali ku pada larangan Rasul yang melarang umatnya berkata tentang sesuatu yang belum pasti. Apakah hebat diriku apabila rajin sekali melakar pena, menghayun kata, sampai lupa sempadan dan larangan? Hebatkah diriku apabila aku hanya pandai melakar pena dan cerita, tapi kadang tersungkur, kadang tersadung dan tidak berupaya mengamalkan? Oh Tuhan, bukanlah aku ingin melepas diri dari taklif dan tanggungjawab, Engkau menjadi saksi ya Rabb, bahawa aku sedang melakukan tugasku.

Tulisanku masih lagi terhenti, bila datang dalam hati hadis Muttafaq A'laih, "Barangsiapa yang dapat memberikan jaminan kepadaku tentang kebaikan apa yang ada di antara kedua tulang rahangnya - yakni mulut - serta antara kedua kakinya - yakni kemaluannya, maka aku memberikan jaminan syurga untuknya."

Ya Tuhan, tiada siapa yang bisa memberi jaminan untukku. Barangkali Tuhan telah memilihku untuk berada di landasan ini, dan sungguh tidak putus hatiku berdoa, supaya janganlah hendaknya nama dan anugerah menjadi matlamat. Meski ada nasihat yang bertapak - biarkan ia datang untuk dakwah, tapi aku lebih suka menjadi manusia yang hidup di pinggir, tidak pernah menerima pengiktirafan dan namaku langsung tidak dikenali, tetapi aku sentiasa melakukan tugasku, dan ku percaya Tuhan sentiasa memerhatiku, menilai dan menyediakan ganjaran-Nya untukku. Bukankah iman itu percaya? Sungguh, aku walang sekiranya semakin dikenali, semakin banyak soalan yang perlu kujawab di hadapan-Nya nanti. Untuk dua karyaku yang memenangi Anugerah Sastera Negeri Sembilan [2007] yang lalu, kukembalikan pujian buat Penciptaku, selawat salam cinta kepada kekasihku Muhammad s.a.w.

Mengapung lagi di benakku hadis Muttafaq A'laih, "Sesungguhnya seseorang hamba itu jika berbicara dengan suatu perkataan yang tidak ia fikirkan baik atau buruknya, maka dengan sebab perkataannya itu ia dapat tergelincir ke neraka yang jaraknya lebih jauh daripada jarak antara sudut timur dan sudut barat."

Gementar seluruh sendiku mengingatkan amaran ini. Janganlah hendaknya segala tutur kata dan tingkah, tidak sentiasa kuteliti. Aku percaya, rahmat Allah itu hebat dan luas, dan aku tidak akan putus memohon pengampunan-Nya, kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang seperti firman-Nya dalam surah an-Nisa' ayat 106. Aku tidak berbicara tentang orang lain, tetapi tentang diriku sendiri, kerana aku lebih mengetahui tentang diriku sendiri daripada yang lain-lainnya. Moga aku tidak akan terbeban dengan khianat, umpat, dusta dan saling sangka menyangka. Aku tidak pernah bosan berbicara tentang diriku sendiri, dengan harapan ia akan menjadi mau'izah kepada pengunjung dan pencinta ilmu. Mohon maaf jika bosan bertamu dan tidak salahkan jika aku berbicara tentang diriku sendiri?

AKO : Sudah selesai KPLI dan sedang bersedia untuk kembali ke sekolah...

Leave a comment

Manikam Kalbuku

Salam Syawal buat semua pengunjung setiaku. Ampun dipinta andai ada alun kata dan tinta yang khilaf. Aku hanya manusia dan hamba-Nya yang lemah. Selamat kembali kepada fitrah.

Bagiku, Syawal mungkin akan berlalu, tetapi Aidilfitri tidak pernah sirna dalam sukmaku. Biar. Biar Aidilfitri sentiasa menjelma dalam hati, supaya aku sentiasa mengingati bahawa aku telah ditarbiah Allah dalam sebulan Ramadan. Aku ingin sentiasa dan istiqamah kembali kepada fitrah yang bersih dan hebat. Itu azamku.

Aidilfitri yang hadir tahun ini begitu bermakna. Selain kerabat dan susur leluhur yang semakin berkembang kunjung mengunjung, aku juga diziarahi sahabat-sahabat penulis yang hebat.

Semuanya bermula apabila petang syawal kelapan itu rumahku bercahaya diziarahi Kak Nisah sekeluarga dan kanda Faisal Tehrani dan Khairul Nizam Abdul Raub yang baru bersua muka. Hati kecilku begitu gembira, meski malu sekiranya dizahirkan, tetapi rasa ria itu sukar digambarkan, dan motivasi diri melambung-lambung apabila selesa berbual seputar penulisan dan saling bertanyakan perkembangan terkini. Aduh, aku jadi malu sendiri dengan perkembangan penulisanku. Kami bersama mengunjungi usrah Puan Mahaya selepasnya dan sempat menyelit bertanyakan soalan-soalan kepada kanda Faisal, sebetulnya ingin memugar semangat. Akhirnya, senyuman mesra kuiringkan sebagai teman pulang.

Malam hadir, dan kanda Zaid Akhtar pula menziarahi. Sungguh terasa rahmat Tuhan yang luas dan melimpah. Sungguh kuterasa rahmat ukhuwah yang indah. Kami berbual, ditemani ayahanda mertua yang memahami tentunya. Tuhan, siapalah aku? Siapalah aku yang Engkau sertakan dengan angkatan hebat ini sedangkan aku masih belum mampu untuk bertahajjud setiap malam, konsisten dengan ibadah-ibadah nafilah dan sentiasa bergelumang dengan ilmu?

Tugas sebagai pendidik telah pun bermula, dan tidak sedar kini aku sedang menggulati bab keenam Tuhan Manusia (Faisal Tehrani) setelah dengan pantas menghadam novel-novel Justeru, Impian di Jaring (Zaid Akhtar), Manikam Kalbu (Faisal Tehrani) dan Nama Beta Sultan Alauddin (Faisal Tehrani). Kegilaan membaca kini kembali dalam sanubari.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Terkesima amat ketika kembara ke alam Manikam Kalbu. Di tangan Faisal Tehrani novel ini benar menguja. Doaku semoga ada generasi yang akan bangkit menjadi angkatan ghuraba menajdid busana Melayu. Ketika menyusurinya ada duka, ada lucu, ada cinta, ada kesungguhan, ada azimat dan pelbagai lagi menjelma. Ini pengalaman. Pengalaman membaca yang indah dan hebat. Ya, aku tidak keliru kerana aku telah membaca dan memiliki Manikam Kalbuku.

Kini dibumbu novel Tuhan Manusia, ada catatan pengarang di awalnya, ada cerita, ada pengalaman, ada luka dan rahsia. Biarlah luka, mahupun mati, tapi prinsip kekal jadi tunjang dan adat berjuang tidak pernah senang. Itu yang kupelajari, kekal diam dalam hati sepanjang mengamati baris-baris tulisan insan outstanding ini.

Aku ingin sentiasa dikelilingi insan-insan yang hebat ini, tapi apakan daya, kita manusia dan tanggungjawab masing-masing berbeza tentunya. Yang pasti, matlamat kita serupa dan sama - salah satunya, menyanggah fahaman semua agama itu adalah sama seperti yang diadun kanda Faisal dalam Tuhan Manusia.

Tuhan, kumohon kekalkan rahmat-Mu, supaya pintu mawaddah tidak akan pernah tertutup buatku hingga akhir hayat.

AKO : Dapatkan novel-novel hebat ini di www.ujanailmu.com.my, maaf zahir dan batin...

Leave a comment

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.