Kubah


Kegumpalan di dada yang telah terlerai. Buat pembaca-pembaca yang selalu berkunjung, terimalah cerpen terkini saya.

Kubah

GEMPAR. Seluruh jemaah Subuh kampung Rozai gempar. Kubah biru yang menjadi mercu masjid kampung Rozai retak dan bocor.  Hujan yang bertali-temali beberapa hari bersama-sama angin kencang menerbangkan pohon kelapa tua menerjah kubah masjid. Hujan yang masih lebat mencurah masuk melalui bahagian kubah yang bocor menimpa permaidani masjid

“Ini mesti bala.” Haji Alif berbisik.

Haji Ba angguk. “Tuhan murka.”

Siak Yasin yang paling awal tiba di masjid terkejut dan bau busuk sudah mula meruap. Kawasan tengah-tengah masjid dikepung dengan papan kenyataan putih yang dikumpulkannya dari segenap penjuru masjid sebelum masuk subuh tadi, meninggalkan hanya tiga saf kosong di bahagian hadapan.

“Tiga saf saja?” Haji Ta menghela nafas.

“Cukup tu, jemaah Subuh tak sama macam jemaah Aidilfitri.” Haji Isa mencebik.

Nazir masjid, Haji Toha datang termengah-mengah dan terus masuk angkat takbir saat Imam Hamim sedang baca surah rakaat kedua.


Baca seterusnya, klik Sanggar Kreatif, Berita Minggu

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Kubah

Tetamu Istimewa berkata...

Salam, tahniah Tuan saya ucapkan.

najihah berkata...

Salam.

Saya baru sahaja selesai membaca Mentari Mediterranean.

Cerpen-cerpen yang paling dekat di hati saya ; Bintang Seorang Rafik, Yang Tercinta dan Semarakkan Cinta.

Tahniah dan teruskan menulis :)

Miss Haziqah berkata...

Assalamualaikum .. mohon copy, share dan jadikan rujukan . syukran. semoga Allah membalas :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.