Saya bukan siapa-siapa, tetapi saya ingin menjadi seseorang, kerana sekiranya saya ingin mencipta sesuatu, saya perlu menjadi sesuatu.
Ya, kita semua bukan siapa-siapa di dalam kehidupan ini, tetapi setiap daripada kita selalu berusaha untuk menjadi seseorang dalam sesuatu bidang, sesuatu lapangan, atau apa sahaja yang kita ceburi. Apatah, kita mahu sentiasa menjadi seseorang dalam hati si dia yang kita sayangi.
Rasa ingin menjadi seseorang itu merupakan fitrah manusia, rasa inginkan perhatian, rasa mahu dikenali, rasa ingin menjadi itu dan ini, semuanya merupakan rasa yang tercetus daripada fitrah hidup seorang manusia. Apa yang menggerakkan seseorang berfikir sedemikian adalah daya imaginasi hasil dari rangsangan dan dorongan hidup masing-masing. Namun, amat penting bagi seseorang itu untuk mengenalpasti yang mana imaginasi dan yang mana angan-angan. Malah Albert Einstein pernah menyebut - imaginasi anda merupakan gambaran anda tentang kehidupan - your imagination is your preview of life.
Namun, sebagai Muslim, apa sahaja imaginasi yang memacu akal perlulah dimulakan dengan niat, sebelum disusuli dengan tindakan. Niatlah yang akan membezakan di antara adat dan ibadah. Niatlah yang akan menentukan kedudukan amal kita di sisi Allah.
Apakah yang lebih baik daripada kita menjadi seseorang di dalam bidang yang kita suka, atau menjadi seseorang di samping orang yang disayangi, berbanding menjadi 'seseorang' di sisi-Nya?
Imaginasi tanpa ilmu
Apabila seseorang berkarya, terutama dalam karya kreatif, peranan imaginasi sangat penting. Sebarang imaginasi yang dicurahkan dalam bentuk tulisan, jika dapat diolah dengan baik akan menjadi realistik dalam pemikiran pembaca. Pembaca akan terbawa-bawa bersama dalam struktur imaginasi yang dicipta oleh pengarang. Namun, sesungguhnya imaginasi tanpa ilmu itu sifar nilai. Imaginasi tanpa ilmu adalah seperti bermain bola sepak tanpa pintu gol. Seperti kata seorang pemikir Perancis, Joseph Joubert - seseorang yang berimaginasi tanpa belajar, mempunyai sayap dan tiada kaki - he who has imagination without learning, has wings and no feet.
Seorang Muslim yang berimaginasi tanpa ilmu, tanpa pengetahuan tentang syarak, ibarat mengheret dirinya ke arah dunia khayal dan seterusnya menyuburkan penyakit 'wahan' dalam hati sanubarinya. Imaginasi yang disuburkan dengan ilmu, akan menghasilkan produk yang bermutu, luhur dan yang paling penting mendapat 'kelulusan' daripada-Nya.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan ada di antara manusia orang yang membeli Lahwal-Hadith (cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan) untuk menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah tanpa sebarang ilmu pengetahuan dan ia menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan ejekan. Mereka itu bagi mereka azab yang menghinakan." (Luqman : 6)
Ya, imaginasi tanpa ilmu, sia-sia, malah boleh mengundang azab.
Amanah menggunakan akal
Akal merupakan keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada manusia. Setelah Allah menciptakan nafsu atau syahwat sebagai ujian besar buat manusia, maka Allah ciptakan akal sebagai penyeimbangnya. Tidak cukup sekadar itu, Allah mengutuskan Rasul sebagai rahmat daripada kalangan kaum manusia sendiri sebagai wasilah kepada Risalah Wahyu, malah menjadi ikutan dan contoh yang boleh diikuti kerana para Rasul juga memiliki keperluan untuk hidup sebagai seorang manusia seperti makan, berkahwin, berkecindan dan segala macam seni kehidupan.
Islam meletakkan akal fikiran di tempat yang tinggi bagi manusia mentadbir bumi sebagai khalifah, berfikir tentang segala kejadian dan kesan ciptaan-Nya sehingga akhirnya mereka mampu mengenal Penciptanya. Contoh perbandingan kehebatan manusia sebagai khalifah ini Allah rakamkan dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud :
"Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah (menerima amanah). Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya." (al-Hasyr : 21)
Semakin tinggi akal seseorang, semakin luhur jiwanya untuk mengekang nafsu atau syahwatnya. Ini kerana kemuncak akal seseorang akan mengembalikannya semula kepada basis agama atau teras syariat iaitu Tauhid.
Menggunakan akal untuk berimaginasi atau apa sahaja bentuk fikir merupakan amanah Tuhan kepada manusia. Apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, apatah apabila dicurahkan dalam bentuk yang 'jamid' pasti akan dinilai oleh Allah. Malah, seorang manusia juga mampu menilai bagaimana seseorang yang lain berfikir melalui tulisan-tulisan yang dihasilkannya.
Kata Imam al-Ghazali, akal itu perlu berfungsi seperti buah kepada pokok, cahaya kepada matahari dan pandangan kepada mata.
Jika mahu menjadi seseorang, pastikan akalmu berfungsi dengan ilmu, dan ilmu perlu selalu berpaksikan wahyu.
Search
Amiza Khusyri bin Yusof
Pendidik, Penulis dan Perunding Motivasi
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)
AJK, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
Perunding Motivasi, Zikra Inspire Learning & Consulting (ZILC)
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)
AJK, Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
Perunding Motivasi, Zikra Inspire Learning & Consulting (ZILC)
Calon Sarjana Usuluddin (Dakwah & Pembangunan Insan), Universiti Malaya, Kuala Lumpur
*Sebarang pengambilan mana-mana esei di dalam blog ini hendaklah mendapat keizinan penulis atau diberi kredit atas nama penulis (Amiza Khusyri Yusof) atau blog penulis (Amiza Khusyri : Menulis itu Memberi)
*Sebarang pengambilan mana-mana esei di dalam blog ini hendaklah mendapat keizinan penulis atau diberi kredit atas nama penulis (Amiza Khusyri Yusof) atau blog penulis (Amiza Khusyri : Menulis itu Memberi)
Facebook Badge
Kumpulan Cerpen
Antologi Cerpen
Catatan Popular
-
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak diperguna...
-
Kredit foto: Relaksminda Dahulu, bagi kami, orang-orang yang bekerja menjaga api dan air itulah merupakan hero kami. Jika air tiada be...
-
Dunia yang seperti pelangi, sementara mengindahkan, dan akan pergi. Aku mendoakan kalian dengan kebaikan dan keelokan dalam segala tingkah d...
-
"Kita bermasalah!" "Betul, kita bermasalah." "Ya, memang kita ada masalah." Berapa ramai dalam kalangan manusi...
-
Apa sahaja yang kita lakukan setiap hari, rupa-rupanya terangkum dalam satu ungkapan wasiat Nabi s.a.w bernama - istiqamah. Istiqamah itu ad...
Followers
Networked Blogs
Blog List
-
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK6 bulan yang lalu
-
Nigerian workers strike over cost of living crisisSetahun yang lalu
-
SWAB PCR COVID-194 tahun yang lalu
-
-
-
2 Responses to Bukan siapa-siapa, yang ingin menjadi seseorang
Assalamualaikum wbt.. saya nilam dan berumur 15 tahun,, saya mempunyai semanagt yg tggi utk mnulis nvel..ttpi saya rasa seolah kekurangan ilmu dan cara utk mnulis, pdahal sya bgtu yakin.. sya slalu bercita cita ingn berdakwah mlalui penulisan nvel dan boleh meyara kluarga.. saya terharu dan brsyukur apabila saya mnemui org yang terkenal dan berjaya dalam penulisan nvel,, dan ign sekali dberi semanat oleh para sasterawan
Assalamualaikum wbt, sya nilam dan berumur 15.. saya mempunyai cita2 utk menerbitkan nvel..d samping itu boleh berdakwah. ttpi, pmikiran ngatif saya selalu mnjd penghalang..krana saya mmikirkan saya tidak mahir dalam penulisan pdahal saya mmpunyai keyakinan utk mnulis... ibu saya jgak selalu menjadi pendorong utk saya.. saya selalu ingn bjmpa dgn para sasterawan dan ign skali mendapat dorongan daripada mereka..kini saya gmbira mngenali anda..
Catat Ulasan