Formula untuk dicintai

Berpada-padalah dengan kenikmatan dunia, supaya dengannya kita tidak akan leka dan alpa, supaya pada waktu susah dan senang, Allah sentiasa di ingatan. Berpada-padalah dengan segala gemerlap dan tarikan dunia, supaya sikap kita tidak akan berubah terhadap sahabat, akibat tertarik dengan pesona harta dan sering membanding diri dengan orang yang diberi kelebihan kenikmatan dunia. Maka, kitalah sahabat pada saat susah dan senang!

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Berzuhudlah dari kenikmatan dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan berzuhudlah dari apa-apa yang dimiliki oleh manusia, nescaya mereka mencintaimu."

[Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam az-Zuhd no. 4102, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakannya sebagai 'hasan' dalam Bulughul Maram no. 1501]

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Formula untuk dicintai

'Aishah Jauhara berkata...

Salam.

Ustaz, maaf, ana ingin bertanya, ada seorang sahabat ana mengatakan yang ana ni terlampau rendah diri sehingga menafikan segala kelebihan yang ada.
Walhal, bagi ana, itu sahaja cara untuk tidak berasa diri itu hebat dan perlukan tarbiyah yang berterusan.
Walaubagaimanapun, ana akui yang ana kurang menggunakan 'kelebihan' yang Allah kurniakan dalam urusan dakwah dsb, sebagai contoh sentiasa mendahulukan orang lain (tidak mempunyai sikap 'volunteer'), memencilkan diri, melarikan diri dari memegang taklifat, etc.

Akan tetapi, yang sebenarnya, ana ingin menjauhi dari sifat riya', takabur dan yang seumpama dengannya. dan kebiasaannya apabila ada sifat2 seperti ini dalam diri, ukhuwwah bersama sahabat2 juga akan renggang. Kerana ana sudah merasai nikmat dan manisnya ukhuwwah. Jadi,setiap kali orang memberikan pujian, ana akan 'tepis'.

Ustaz, adakah tindakan ana salah? Dan apa cara yang terbaik untuk mengatasinya? Mohon penjelasan dari ustaz.

Jazakallahu khair..

amiza khusyri berkata...

Saudari Aishah dan sekalian remaja. (Ustaz jawab seringkas yang boleh)

Mari kita renungi kalam hebat Ibnu 'Athoillah Al-Iskandary : "Sesiapa yang merasakan dirinya sudah tawaduk, maka dialah seorang yang benar-benar takbur."

Tarbiah itu adalah proses, seperti memegang taklif, anda tidak akan merasai proses jika memilih untuk memencilkan diri. Sekiranya anda tidak melalui proses, maka tidak lengkaplah 'makna' tarbiah.

Input - Proses - Output.

Sekiranya tidak melalui proses yang betul, bayangkan apakah output yang akan diterima oleh masyarakat kelak? Dan jika tidak sekarang terlibat dengan kerja-kerja tarbiah, adakah anda perlu menunggu pada saat sudah bertambahnya tanggungjawab sesudah berkahwin kelak?

Semoga mendapat pencerahan.

Wassalam.

'Aishah Jauhara berkata...

Erm,betul kata ustaz..

Ana dah faham..

Syukron ustaz!
Moga rahmat Allah sentiasa bersama ustaz dan sekeluarga..

Allahu yubarik fiik..

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.