Hero

"Za, bunuh cicak tu sunnah kan?" Pakcik Muhsin jalan beriringan denganku pulang dari masjid selepas isyak.

Aku angguk.

"Hadis sahih kan tu?"

Angguk lagi.

Pakcik Muhsin geleng. "Apalah nak jadi, binatang sunat bunuh pun orang jadikan maskot, jadikan hero pujaan."

"Kau pernah tengok, Za?"

Aku angguk. "Dah keluar TV pakcik."

"Kau tengok babak hero bangun tidur lewat tak subuh dan tahi cicak melimpah dalam bilik, atas katil?"

Aku terkerisin, seraya mengangguk lagi.

"Tu belum sentuh bab solat super hero, Za. Elok lagi yang omputih punya, apa tu?"

"Labah-labah," Aku menambah.

"Ha, kan molek bunyinya. Labah-labah berjasa dalam peristiwa hijrah nabi kan, Za?"

Aku angguk lagi kemudian menyeluruhi wajah pakcik Muhsin yang ralit memikir-mikir. Barangkali sudah terdengar gembar-gembur promosi Orang Cicak edisi baharu.

Aku tersenyum - boleh tahan juga orang tua ni, gumam hatiku.

Posted in . Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

3 Responses to Hero

halim qittun berkata...

masya'Allah, ringkas tapi sarat dengan pengajaran..kdg kite sndiri tau buat tp gagal nk kaji yg sbenarnye..

ust pernah tgok crite gridiron gang, ade ulasannya dlm blog halim..

sgt2 terkesan ceritanya tentang jiwa murabbi.......

qamar_muneera berkata...

Salam ziarah. sekadar ingin melontarkan pandangan.karyawan filem di negara kita seolah-olah kehabisan idea untuk membuat filem. Selain cerita yang mengangkat tema cinta tiga segi, perebutan kuasa dan seperti filem yang ust ceritakan dalam posting kali ini, tidak seorang pun yang terpanggil untuk menjawab filem Fitna yang dibuat oleh Geert Wilders. kesannya, salahfaham terhadap Islam yang sememangnya berakar umbi dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam seperti Wilders itu akan terus bercambah dan tambah serabut dengan kehadiran filem-filem seperti ini masa kini. maaaf andai terlalu beremosi. sekadar memberi pandangan.wallahu'alam..

amiza khusyri berkata...

Sekurang2nya, kita punya ruang utk menyedarkan, terus, jangan mundur... :)

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.